DEMOKRASI. Kebebasan. Hak asasi. Inilah yang dijual oleh Amerika Syarikat kepada dunia. Untuk tujuan itu, Amerika Syarikat akan turut mendanai kumpulan tertentu di negara yang disasarkan. Apabila negara tersebut jatuh ke tangan Amerika Syarikat, segala kemewahan akan disedut oleh sang kapitalis, dan yang mendapat keuntungan serta kelebihan ialah masyarakat kelas atasan, golongan kaya dan hartawan.....
nilah yang sedang dilakukan oleh NED di Malaysia dan Republik Islam Iran. Adalah tidak mengejutkan Kenneth Timmerman, salah seorang pemikir NED terlanjur mengatakan dalam ucapannya di sebuah majlis di Washington beberapa hari sebelum pengundian di Iran, berbunyi begini: “There’s the talk of a ‘green revolution’ in Tehran.” Gerakan hijau yang beliau maksudkan tidak lain tidak bukan ialah gerakan pembangkang atau reformis yang diketuai Mir Houssein Mousavi. Kempen Mousavi menggunakan warna hijau. Dan kita semua tahu betapa media selama bertahun-tahun menggambarkan Presiden Ahmadinejad sebagai fasis anti Zionis yang tidak cekap mengurus ekonomi.
Tidakkah ada persamaan apa yang menimpa Chavez hampir sepuluh tahun lalu dengan apa yang dilalui Ahmadinejad hari ini? Siapakah pembunuh sebenar Neda, remaja yang ditembak mati oleh penembak hendap dari atas bumbung di Tehran? CNN mendakwa Neda Agha Soltan dibunuh oleh Basiji (kumpulan para militari yang setia kepada Ayatullah Ali Khamanei). Tetapi tidak pernah ada pembuktianBaca catatan penuh Sda Faisal Tehrani
The War On Democracy
Malaysia Hits



No comments:
Post a Comment