COMPANY FORMATION, MOF REGISTRATION

Wednesday, July 8, 2009

Misteri Istilah Wahabi, Adakah 'Misteri'?



Dalam ruangan rencana, akhbar Mingguan Malaysia 5 Julai 2009 (semalam: klik sini) seorang ahli akademik menulis sebuah artikel pendek dengan judul 'Misteri Istilah Wahabi'. Artikel tersebut dapat difahami menerusi nadanya adalah bertujuan untuk mempertahankan kelompok wahabi.

Usaha beliau memberi sisi pandang yang positif terhadap wahabi menerusi artikel tersebut adalah merupakan hak beliau untuk berhujah yang diraikan. Hak yang sama harus diberikan untuk memberi pula sisi pandang yang negatif terhadap wahabi. Saya akan memberikan sisi pandang tersebut di sini.

Sesungguhnya tidak ada yang misteri pada kalimat Wahabi. Ia hanyalah satu usaha defensif yang sia-sia. Kita telah lama mengetahui perangai wahabi. al-Marhum Ustaz Wan Mohd Shaghir telah mengajar kita, tulis Allahyarham:

“Pada abad-abad yang berikutnya tokoh yang paling banyak membicarakan supaya umat Islam kembali kepada aqidah salaf ialah Ibnu Taimiyah. Dilanjutkan oleh muridnya Ibnul Qaiyim al-Jauziyah. Kemudian dilanjutkan dengan Muhammad bin Abdul Wahab, daripada beliau inilah dinisbahkan istilah kaum wahabi oleh golongan yang tidak menyetujui fahamannya. Dalam proses yang begitu lama golongan yang tersebut memang ditolak oleh ulama sedunia dari semua mazhab termasuk juga ulama dunia Melayu kerana yang disebarkan oleh mereka adalah dianggap bertentangan dengan ahlus sunnah wal jamaah. Hal tersebut, baik ulama dunia luar atau pun ulama dunia Melayu, bukannya menolak aliran salafi akan tetapi yang tidak meyakinkan ialah fahaman yang diajarkan oleh mereka itu belum tentu sesuai dengan ajaran salaf yang sebenarnya.”

Sila rujuk lanjut al marhum Ustaz Wan Mohd Shaghir Abdullah, Penutup Perdebatan Islam Alaf Kedua di Dunia Melayu, Khazanah Fathaniyah, Kuala Lumpur, 1999.

Dari blog sda Faisal tehrani
Read More

Malaysia Hits

No comments:

Post a Comment

Total Pageviews

Visitors from...

Visitors no.

Visitors Map

Ask Dr. Davon Jacobson on Nutrition

PageRank Ask the Doctor: Medical Health Articles